Random thoughts berkaitan blockchain, cryptocurrencies, Bitcoin dan Ethereum



Jujurnya, saya belum 100% faham tentang Blockchain dan cryptocurrencies. Dari setiap buku, artikel dan video yang saya rujuk, masih banyak persoalan yang belum terjawab.

Tambahan pula, banyak artikel di luar saya yang hanya mengambil rujukan dari artikel lain secara literal tanpa mereka faham dengan sepenuhnya apa yang mereka tulis.

Ini adalah antara beberapa perkara yang saya sering terfikir bila cuba untuk memahami keseluruhan ekosistem ini dengan lebih mendalam.



1. Bitcoin tidaklah sepantas yang dikatakan, tetapi ia memang mempercepatkan proses transaksi secara keseluruhan, dari individu ke invididu, tak kira lokasi. Tapi 'proses pengesahan' jauh lebih lambat berbanding kredit kad atau online banking. (Komuniti bitcoin sedang cuba untuk selesaikan masalah ini dengan memperkenalkan Lightning Network sedikit masa lagi)

Buat masa sekarang, transaksi antara dua pihak mengambil masa kira-kira 10 minit untuk siap sepenuhnya dan dimasukkan dalam sistem.


2. Bitcoin tak user friendly. Maksudnya, setiap kali nak hantar wang, kita perlu tulis alamat public address yang panjang (32 bit) dengan huruf random. Agak mustahil untuk kita ingat dan sangat prone to error. Lebih baik kalau kita boleh guna username/pseudonym atau nama yang lebih simple.


3. Caj untuk transaksi Bitcoin sepatutnya jauh lebih murah, tetapi ia semakin mahal dari hari ke hari. Pada akhir bulan Disember 2017, caj satu transaksi mencapai RM200 kerana waktu itu berlaku terlalu banyak transaksi. Jadi, ia tidak mencapai objektif Satoshi untuk mewujudkan sistem tanpa bank dengan caj transaksi murah.


4. Bitcoin juga tidak begitu private seperti yang kita bayangkan. Semua transaksi boleh diperiksa untuk kesahihannya bila-bila masa. Kita boleh tahu alamat mana hantar wang ke alamat mana dan berapa banyak. Kita juga boleh senaraikan pemegang Bitcoin terbanyak (walaupun 1 orang boleh ada banyak alamat - tapi dengan sedikit kajian, ia possible untuk dicari siapakah pemilik wang tersebut.
Beberapa wang kripto yang lebih baru cuba untuk menjadi lebih private dari Bitcoin seperti Monero dan Zcash.



5. Kalau tiada insentif wang, mungkin tak ramai orang yang mahu menjadi node dalam blockchain kerana ia memakan ruang dan tenaga elektrik yang banyak kerana ia perlu sentiasa berjalan dan memastikan ia 'distributed' dan tidak dikawal oleh 1 pihak sahaja (ia adalah keperluan untuk teknolgi blockchain). Jadi, semua aplikasi blokchain perlu ada insentif kewangan (macam bitcoin dan ether dan semua wang kripto yang lain) untuk pastikan setiap transaksi di kemaskini dan di sahkan oleh semua nod.



6. Saya percaya, sudah tiba masanya dunia digital ada 'mata wang', sistem kewangan dan ekonomi sendiri. Dan blockchain muncul di waktu yang tepat untuk tujuan ini dimana internet sudah stabil dan world is already flat.  Dan dengan kemunculan Bitcoin, ia sedikit sebanyak menggoncang sistem ekonomi sedia ada dan mendapat perhatian seluruh dunia untuk memperbaiki apa yang kurang.



7. Mungkin, Ethereum adalah pendekatan yang lebih baik dari Bitcoin kerana ia membolehkan integrasi dengan programming language yang lain, membenarkan smart contract di dalam blockchain itu sendiri dan membolehkan pelombong Ethereum sahaja menjaga ekosistem blockchain di lapisan paling asas. Aplikasi yang bergabung dengan Ethereum tidak perlu membuat sistem blockchain mereka sendiri.



8. Saya rasa, sistem pinjaman bank dan pemilikan (rumah, kereta, harta intelektual, harta digital dan sebagainya) merupakan sektor yang paling sesuai untuk menggunakan teknologi blockchain.



9. Blockchain merupakan sistem demokrasi kepada sistem feudal dalam ekonomi. Ia akan meningkatkan dan memperbanyakkan peluang dan penyertaan dalam 'sharing economic' kepada orang awam (walaupun ia masih memberi kelebihan kepada orang kaya - top 10% percent).


Ini cuma random thoughts dengan pengetahuan yang belum cukup solid tentang blockchain. Tapi akhirnya, walau sebagus mana pun teknologi ini, adaptasi dan penerimaan dari masyarakat secara besar-besaran menjadi titik tolak kemana teknologi ini akan pergi. 

Comments