Cara beli altcoin dengan Binance untuk rakyat Malaysia

Setakat hari ini (Dec 2017), rakyat Malaysia hanya boleh beli Bitcoin dan Ethereum dengan menggunakan Ringgit dan local Bank Transfer.


Antara platform untuk beli Bitcoin dan Ether yang paling popular adalah Coinhako, Luno dan Coinexy. (Boleh rujuk disini kalau nak register Coinhako). Coinexy ada paling banyak pilihan wang kripto, kerana selain Bitcoin dan Ethereum, kita boleh beli Doge dan juga Litecoin dari orang awam (tapi cara ini agak berisiko - beli atas risiko sendiri).


Tapi untuk alt-coins atau wang kripto yang lain, tiada cara yang straightforward. Biasanya kita perlu beli Bitcoin/Ethereum dahulu dengan Coinhako atau Luno dahulu dan kemudian pindahkan Bitcoin/Ethereum tersebut ke laman web dagangan wang kripto global.


Antara platform yang paling popular adalah Poloniex, Bittrex dan Binance.
Saya hanya cuba Binance setakat ini. Jadi saya tunjukkan bagaimana untuk beli wang kripto lain dengan menggunakan Bitcoin di Binance.



1. Register Coinhako

- boleh rujuk disini.

2. Transfer duit dari bank ke akaun Coinhako 

- Pergi ke Wallet. Dekat bahagian Transfer Funds --> klik Deposit MYR

- Anda akan dapat lihat maklumat nombor akaun Coinhako dan juga description. (sama macam bank transfer biasa). Ini akan ambil masa sehari bekerja sebelum wang di update dalam akaun Coinhako anda. *Pastikan anda meletakkan comment/reference/description waktu transfer sama seperti yang ditunjukkan disini supaya duit masuk ke akaun anda.

- Bila wang telah diterima oleh Coinhako dan dimasukkan ke akaun anda, mereka akan hantar emel seperti ini.




 3. Beli Bitcoin atau Ethereum. 


- Pergi ke bahagian Buy/Sell dan click Buy untuk mana-mana wang kripto yang anda mahu. (Anda perlu masukkan token dari Google Authenticator)


 - Pastikan jumlah wang yang nak dibelanjakan lebih banyak dari jumlah nilai wang kripto + fee (0.9%)


- Anda akan dapat emel pengesahan pembelian dari Coinhako dan boleh periksa samaada jumlah Bitcoin/Ethereum dah di tambah dekat Wallet.


4. Register Binance


- Untuk register, anda cuma perlu masukkan alamat emel, password dan verify dengan Google Authenticator. Tak perlu beri pengesahan ID kalau urusniaga kurang dari 2 Bitcoin (lebih dari RM100 ribu).


5. Transfer Bitcoin dari Coinhako ke Binance

- di Binance, klik Funds --> Deposit Withdrawals. Cari BTC (Bitcoin) dalam senarai dan klik pada Deposit. Alamat bitcoin anda akan keluar. Copy alamat ini.


- pergi ke Coinhako di bahagian Fund Transfers. Klik pada Send BTC. Masukkan alamat diatas, masukkan jumlah Bitcoin yang mahu di hantar dan klik Send.


 - Anda perlu sahkah penghantaran dari emel yang dihantar - klik pada link dalam emel (Please confirm your BTC withdrawal). Selepas di sahkan, emel kedua akan dihantar (BTC withdrawal completed). Waktu ini, bitcoin anda sedang diproses dan akan mengambil masa beberapa minit (10-20 minit).

- Anda boleh periksa status di Binance.


- Bila transaksi dah berjaya, status akan bertukar kepada Completed.

6. Beli wang kripto lain dengan bitcoin di Binance

- Klik pada Exchange --> Basic


- Cari coin mana yang anda mahu beli (di sebelah kiri website).


- Masukkan jumlah coin yang anda nak beli dan klik BUY xxx (coin yang anda pilih). Selesai. Step ini hanya ambil masa beberapa saat. Bila dah selesai, boleh klik pada Exchange sekali lagi untuk tengok nilai coin yang terbaru.




Itulah langkah untuk beli wang kripto selain Bitcoin dan Ethereum menggunakan Binance. Nampak macam complicated, tapi sebenarnya mudah saja. Semoga dapat manfaat.




Comments

Post a Comment