Apakah 'Blok' di dalam Blockchain?

Blockchain secara am nya bermaksud rantaian blok. Secara visualnya boleh digambar seperti dibawah:

Imej dari canadianmetropolis.wordpress.com
Dari namanya, keseluruhan teknologi blockchain ini melibatkan rantaian blok-blok data yang bersambung.

Bermula dengan blok pertama yang dipanggil Blok Genesis, ia seterusnya membina blok yang lain berdasarkan blok pertama ini.  Blok-blok selepas itu akan sentiasa memegang informasi blok yang pertama ini sampai bila-bila. Ia bertindak seperti root atau akar. 

Di dalam setiap blok, ada beberapa transaksi (atau perubahan) yang berlaku dari pengguna sistem ini dan ia dikumpulkan untuk menjadi satu blok. 

Apabila blok baru telah diyakini dan dipersetujui oleh majoriti komputer di dalam sistem, ia akan ditambah kepada rantaian blok sebelumnya dan disimpan oleh semua komputer yang terlibat.


Kenapa konsep rantaian blok ini dianggap sebagai 'revolusi'? 

Dari penerangan diatas blockchain ini nampak macam konsep yang mudah sahaja. Tak ada yang revolusi pun. Tapi sebenarnya ia mengubah cara komputer menerima dan menyimpan data dan ia adalah sesuatu perubahan yang sangat besar dari segi bagaimana aplikasi komputer (atau software) berfungsi. 

Yang paling penting adalah ia menukar bagaimana sistem database berfungsi. Konsep Blockchain ini amat berguna untuk transaksi yang sulit atau melibatkan wang, ataupun yang melibatkan kontrak antara dua atau lebih pihak. Kerana itu sekarang ia amat diterima baik dalam sektor teknologi kewangan atau lebih dikenali sebagai fintech

Dengan adanya sistem blok ini (yang melibatkan beberapa algoritma komputer dan memproses data dengan kriptografi), ia dilihat sebagai permulaan untuk sistem yang lebih selamat dan telus. Ia juga tidak memerlukan satu pihak untuk mengawal 'kepercayaan' atau 'kesahihan' data (atau blok data) secara manual. 

Comments