Pizza yang berharga USD142 Juta

Imej dari BusinessInsider


Pada tahun 2010, iaitu setahun selepas Bitcoin muncul, ramai orang masih menganggap ia sebagai lawak saja. 

Tapi seorang pengguna Bitcoin mahu menunjukkan bahawa Bitcoin boleh digunakan untuk transaksi harian. Jadi dia membuat tawaran untuk membeli 2 ketul pizza dengan harga 10000 Bitcoin. 


Pembeli pizza dengan Bitcoin pertama dalam dunia itu bernama Laszlo Hanyecz, dan pembelian itu berlaku pada tarikh 22 May 2010. 

Ia dibeli dari seorang lagi pengguna Bitcoin lain, iaitu Jeremy Sturdivant yang waktu itu berumur 18 tahun. Dia membeli pizza dengan harga USD25, membuat penghantaran kepada Laszlo dan menerima 10000 Bitcoin dari Laszlo. Harga 2 pizza cuma USD25 waktu itu. Ada yang kata ia dibeli di Papa John, ada yang kata ia Domino. 

Waktu itu, 10000 Bitcoin cuma bernilai lebih kurang USD40. 

Kalau Jeremy Sturdivant tak pernah gunakan Bitcoin sejak 2010, dan tukarkan kepada USD hari ini, dia sudah menjadi seorang jutawan pada usia 26 tahun kerana nilai 10000 Bitcoin hari ini adalah USD142 Juta, atau RM570 Juta (setengah bilion).

Tarikh 22 May kini dikenali sebagai Bitcoin Pizza Day untuk mengenang peristiwa ini, yang dianggap penting oleh komuniti Bitcoin di seluruh dunia. 

Comments