Cara register akaun Coinhako - Langkah demi langkah

Coinhako adalah salah satu syarikat yang berfungsi sebagai dompet digital dan juga  platform pertukaran wang kripto. Ia berfungsi macam saving bank dan investment bank dalam masa yang sama.

Kalau anda nak beli Bitcoin untuk melabur, terima dan jual beli bitcoin, anda boleh melakukan di Coinhako.

Kerana ia berpangkalan di Singapura, dan spesifik untuk rakyat Singapura dan Malaysia sahaja, saya memilih untuk membuka akaun digital pertama dengan Coinhako. Review Coinhako boleh baca dekat sini.

Langkah untuk membuka akaun step by step di Coinhako macam dekat bawah:


1. Pergi dekat website Coinhako (referral link untuk dapat RM15). Klik Sign Up.
2. Masukkan alamat emel, password, klik kotak Term & condition dan klik Sign Up



3. Anda akan terima emel dari Coinhako untuk pengesahan. Klik Confirm your account now.


4. Selepas emel sudah disahkan, anda boleh login ikut alamat emel dan password yang dah didaftarkan. Waktu ini, proses pendaftaran belum dikira lengkap. Anda masih perlu verify beberapa perkara seperti nombor telefon dan juga identiti. 


5. Klik pada Phone Number Verification dan tunggu SMS kod pengesahan dan masukkan dalam borang. Klik Next. 

6. Kemudian anda perlu buat verification untuk identiti pula. Untuk langkah ini, anda perlu beberapa dokumen iaitu: 
  • Gambar kad pengenalan/passport (depan)
  • Gambar kad pengenalan/passport (belakang)
  • Gambar selfie dengan kad pengenalan/passport beserta kertas bertulis tarikh (tak lebih dari 3 hari dari tarikh permohonan. Contoh macam ni: 

  • Bukti alamat - bil telefon/elektrik atau sebagainya yang ada nama anda (macam kad pengenalan/passport) yang tak lebih dari 3 bulan


7. Selepas semua dokumen dah dihantar, team Coinhako akan mengesahkan bahawa permohonan anda berjaya atau tidak. Jika berjaya anda akan dapat emel macam dekat bawah ni. 



8. So, boleh mula transfer duit kepada Coinhako dan boleh mulakan jual beli wang kripto. 



Kalau transaksi pertama anda lebih dari RM300, boleh dapat reward sebanyak RM15 dengan menggunakan link ini


Kalau ada soalan, boleh tanya dekat komen. 

Comments