Berita Blockchain: 27 Nov - 3 Dec 2017


Bitcoin’s rivals multiply amid battle for dominance


Bitcoin telah berpecah (fork) menjadi Bitcoin Cash (pada bulan Ogos 2017) dan dijangkakan akan ada lebih banyak pecahan dalam Bitcoin selepas ini.

Ada ura-ura mengatakan bahawa akan ada versi (fork) terbaru yang bakal di implementasikan dalam bitcoin seperti bitcoin diamond, bitcoin silver, super bitcoin, bitcoin platinum and bitcoin uranium. Perpecahan ini, selain untuk meningkatkan fleksibiliti bitcoin (yang mana kod nya boleh diubah oleh sesiapa pun), ia juga cubaan untuk bereksperimentasi dengan fungsi nya di dalam pelbagai aktiviti transaksi.

Tapi, setakat ini, Bitcoin masih kukuh sebagai wang kripto yang paling diyakini oleh pengguna.


Bitcoin rises above US$10,000 for the first time on BitStamp

Bitcoin mencecah nilai US$10,000 (RM41,080) di platform pertukaran BitStamp (berpusat di Luxembourg) pada Rabu lepas (29 Nov). Untuk rekod, harganya telah meningkat sebanyak 900% pada tahun ini saja.


Bubble trouble? Bitcoin tops US$11,000, but fades after sharp rally


Selepas mencecah US$10,000 pada hari Rabu, bitcoin meningkat ke paras US$11000 pada hari Khamis, sebelum kembali turun ke aras US$9,500. Difahamkan ada segolongan pembeli bitcoin hanya membeli untuk tujuan spekulatif dan menaikkan harga untuk mendapat keuntungan sendiri.

Dan ia semakin jelas menunjukkan bahawa bitcoin sedang mengalami bubble. Walau bagaimanapun, mengikut kata Timbalan Gabenor Bank of England, bitcoin belum cukup besar untuk  memberi impak kepada ekonomi global.


Bitcoin euphoria


Luno (salah satu platform tukaran wang kripto yang popular di Asia - termasuk Malaysia) sudah mempunyai 1 juta pengguna berdaftar. Pada Khamis lepas, dianggarkan 900 (RM40 juta) bitcoin telah diniagakan oleh pengguna di Malaysia sahaja, di platform ini sahaja. Selain bitcoin, Ethereum juga antara wang kripto yang aktif diniagakan di Luno.

Difahamkan, antara sebab kenaikan harga bitcoin sehingga ke paras US$10,000 juga adalah kerana kewujudan kira-kira120 hedge funds yang fokus hanya kepada bitcoin dan wang kripto yang lain.

ICO juga sedang hebat berlaku dalam dunia wang kripto - dimana syarikat berlumba-lumba membuat matawang baru/ aplikasi berkaitan wang kripto dan meminta orang awam menjadi pelabur mereka (dengan menjanjikan pulangan lumayan).

Pemain teknologi ini bukanlah fokus kepada bitcoin, tetapi lebih kepada blockchain - yang di anggap sebagai 'game change' dalam sektor kewangan.


All you need to know about bitcoin’s rise, from US$0.01 to US$11,000

Sejarah singkat tentang bitcoin dari 2009 hingga sekarang. Dan, kemungkinan besar, memang sekarang 'bitcoin bubble' sedang berlaku.


For security agencies, blockchain goes from suspect to potential solution


Australia mula mengambil langkah positif untuk menggunakan konsep blockchain untuk tujuan perkongsian data - antara penyiasat jenayah.

Beberapa kerajaan juga telah cuma melihat sejauh mana blockchain boleh menyimpan data seperti geran tanah, kontrak dan aset lain. Kerajaan UK juga menunjukkan minat yang sama.

Ini mungkin petunjuk awal bahawa blockchain boleh digunakan untuk selain dari wang kripto. Ia juga mengubah persepsi umum tentang blockchain kepada lebih positif.


Here’s what the world's Central Banks really think about bitcoin

US: Bimbang tentang privasi - sejauh mana privasi dalam wang kripto dan mereka dapat mengawal/mencari alternatif

Negara-negara Euro: Tulip mania adalah antara bubble yang paling popular dalam sejarah ekonomi dunia, dan banyak negara EURO melihat keadaan bitcoin sekarang sama seperti tulip. 

China: Mereka sudah bersedia untuk wang kripto - yang dibangunkan oleh People's Bank of China sejak tahun 2014. Tetapi mereka mengharamkan semua wang kripto yang lain. 

Jepun: sedang dalam kajian. Jepun masih mengkaji tentang wang kripto. 

Jerman: menganggap bitcoin hanya sebagai sesuatu yang spekulatif dan tidak digunakan dalam transaksi harian. Walaubagaimanapun mereka masih mengkaji teknologi berkaitan kewangan ini. 

UK: menganggap ia sebagai satu potensi untuk sebuah revolusi dalam sektor kewangan. Mereka percaya bahawa blockchain mampu membantu bank untuk menghadapi serangan cyber. 

Perancis: masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan bitcoin kerana ia mungkin akan lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. 

India: Tak membenarkan wang kripto kerana ia terdedah kepada aktiviti keganasan& jenayah. Not allowed. Namun mereka masih mengkaji tentang wang digital. 

Brazil: Menyokong inovasi dan tidak melihat wang kripto sebagai satu risiko. Namun mereka sentiasa memantau perkembangan teknologi ini.

Kanada: Menganggap want kripto sebagai aset (seperti emas) bukan seperti duit fiat. Mereka juga percaya teknologi ini mampu membuatkan sistem kewangan bertambah efisien. 

South Korea: Merasakan bahawa wang kripto digunakan sebagai alat untuk jenayah. Masih membuat kajian tentang teknologi ini. 

Rusia: Bank negara Rusia bimbang tentang risiko skim piramid/ponzi, dan tak menyokong wang tidak transparent. Mereka masih menangguhkan untuk membuat sebarang panduan berkaitan wang kripto. 

Australia: Mengawal dengan ketat perkembangan wang kripto dan mengakui bahawa bitcoin mempunyai potensi untuk digunakan dalam sektor kewangan dengan meluas. 

Turki: Meramalkan wang kripto akan menjadi elemen penting terhadap kestabilan sektor kewangan dan meningkatkan efisiensi jika dilakukan dengan betul. 

Netherlands: Sangat berani dalam bereksperimentasi dengan wang kripto. Bank negara telah membuat wang digital sendiri untuk kegunaan dalam negara sahaja - untuk memahami lebih tentang teknologi ini. 

Scandinavia: Sedang mencari pilihan yang tepat untuk cuba memahami dan manggunakan wang kripto dalam transaksi sedia ada. 

New Zealand: Sedang melihat jika duit digital dapat memberi alternatif kepada duit fiat di masa akan datang. 

Morocco: Melihat teknologi wang kripto sebagai suatu yang melanggar undang-undang kerana sifatnya yang tidak disandarkan terhadap apa-apa. 



Comments