Apakah Bitcoin Mining (melombong)?


Cryptocurrency seperti Bitcoin terhasil dari aktiviti 'perlombongan'.

Tak sama dengan melombong emas atau mineral lain, melombong dalam sistem blockchain bermaksud 'memproses transaksi dan membina blok baru'.


Kerana sistem Bitcoin menggunakan teknologi blockchain, setiap blok perlu dibina (dari transaksi yang datang), diperiksa dan disahkan oleh semua komputer. Semua node (komputer) akan memeriksa setiap transaksi dan menggabungkan di dalam blok dan mencadangkan ia untuk menjadi blok seterusnya. Untuk pengetahuan anda, setiap 10 minit, 1 blok baru akan dibina. Setakat ini, sejak ia bermula, Bitcoin sudah ada hampir 500 ribu blok.


Jadi, mana-mana komputer yang berjaya membina blok dengan paling pantas, dan mempunyai data yang paling dipersetujui oleh kebanyakan komputer dalam sistem, ia akan diterima sebagai blok baru. Dan sebagai ganjaran, ia akan menerima beberapa bitcoin yang telah ditetapkan (untuk waktu ini sehingga tahun 2020, nilai ganjaran untuk setiap blok baru adalah 12.5 bitcoin).


Jadi, itulah yang dinamakan dengan melombong. Proses mengemaskini blok baru dalam Bitcoin.

Mining di dalam wang kripto lain juga lebih kurang begini, kerana semuanya menggunakan teknologi blockchain. Cuma mungkin nilai ganjaran dan jangka masa pembinaan blok yang berbeza.

Comments