4 ciri asas aplikasi blockchain




Berbanding dengan sistem dan aplikasi biasa, blockchain ada 4 ciri ini yang membuatkannya berbeza dengan aplikasi lain. 4 ciri itu adalah seperti berikut: 


1. Distributed

Distributed bermaksud ia tak dikawal oleh satu database/entiti sahaja. Sistem blockchain mesti mempunyai beberapa nodes (komputer) yang sama-sama mempunyai data dan melakukan transaksi bersama-sama. Jadi ia menggunakan konsep peer-to-peer. Setiap komputer ini bersama-sama simpan data dan mengemaskini transaksi mengikut jangka masa yang telah ditetapkan (contohnya Ethereum setiap 17 saat dan Bitcoin setiap 10 minit)

Dengan cara ini, kalau ada satu komputer mempunya data yang salah (ataupun telah digodam), selepas dikemaskini, data yang salah akan dibetulkan dan ia akan menyalin data yang betul dari komputer lain dalam sistem itu. 

*kebanyakan sistem sekarang hanya bergantung kepada backup sahaja. 


2. Public

Public pula bermaksud, semua orang boleh menjadi salah seorang dari pemegang data dan boleh mengawal transaksi, asalkan mereka mempunyai peranti yang diperlukan. Tapi mereka perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sistem tersebut yang biasanya memberi insentif kepada mereka yang jujur, dan mengelakkan penggodam. (Macam blockchain, meminta setiap node melakukan proof of work sebelum boleh menghantar blok untuk diproses)

Pada awal kemunculan blockchain, komputer biasa atau telefon bimbit sahaja boleh menyertai sistem, tapi sekarang, data yang ada sudah terlalu besar dan komputer biasa hampir tak mampu untuk simpan semua data dalam satu-satu blockchain. 

Pada 2 Disember 2017, keseluruhan data Bitcoin menghampiri 100GB dan Ethereum pula melebihi 300GB. Boleh lihat disini



3. Time stamped

Time stamped bermaksud setiap transaksi dan data dalam aplikasi blockchain mengandungi maklumat tentang masa ia dilakukan. Ini bermaksud, jika ada percanggahan dari dua pihak tentang mana-mana transaksi, mereka boleh memeriksa di dalam aplikasi ini dan melihat sendiri apakah yang berlaku kepada data/transaksi tersebut sebelum atau selepas masa yang melibatkan percanggahan tersebut. 

Dan oleh kerana data dalam blockchain tidak boleh diubah oleh seseorang sesuka hati, ia menjadi bukti yang tak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ia adalah keputusan/bukti yang disimpan oleh sistem dan juga semua komputer di dalam aplikasi tersebut secara konsensus. 



4. Persistent

Sistem blockchain tak akan mati, melainkan semua komputer yang pernah menjadi node kepada sistem tersebut mati ataupun tidak lagi memproses aplikasi tersebut. Dan kalau ada sebuah komputer yang dipasang dengan aplikasi blockchain dihantar ke ruang angkasa, ia akan terus hidup sehingga komputer itu tak boleh berfungsi lagi. 

Dalam kata lain, aplikasi blockchain ini 'immortal' selagi ia berada di dalam bit dan byte komputer. 
Ini menyebabkan ia sangat reliable dan susah nak mati. 



Jadi, tanpa keempat-empat ciri ini, sesebuah aplikasi tidak boleh dipanggil sebagai aplikasi blockchain. Setakat hari ini, aplikasi blockchain yang paling popular hanyalah dalam bentuk wang kripto. Mungkin di masa akan datang, ia akan menjadi lebih dinamik dan jauh lebih efisien. 


Let's wait and see. 

Comments