Berita Blockchain: 19 - 26 Nov 2017

Malaysia’s Central Bank to Deem Cryptocurrency Exchanges as ‘Reporting Institutions’

Gabenor Bank Negara memberikan gambaran bahawa garis panduan tentang pengunaan wang kripto akan lebih tertumpu kepada memerangi aktiviti penggubahan wang haram dan penggunaan wang untuk pembiayaan aktiviti keganasan  (iaitu dua faktor keselamatan paling penting untuk sektor kewangan sedia ada).

Mereka yang mahu menukar wang kripto kepada duit biasa (Ringgit) akan perlu melalui proses tertentu.


Malaysia Legalizing Bitcoin? Bank Negara Issuing Guidelines for Crypto

Campur tangan Bank Negara dalam perkembangan wang kripto mungkin akan menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia melibatkan diri dalam transaksi dan penggunaannya dalam masa terdekat.

Ramai yang percaya Malaysia adalah negara yang akan mendapat banyak kelebihan jika menghalalkan penggunaan wang kripto dengan peraturan yang konkrit.


Digital currencies set to go mainstream

Wang kripto dijangka akan jadi mainstream tak lama lagi. Selepas garis panduan dari bank negara diumumkan, orang awam akan lebih yakin terhadap wang kripto. Pemain industri fintech (teknologi dalam sektor kewangan) menyambut baik perkembangan wang kripto setakat ini.

Setakat ini, Malaysia boleh mengakses 11 platform pertukaran wang kripto dan matawang kripto yang paling popular setakat ini adalah Bitcoin dan Ethereum yang mana transaksi harian dalam pasaran mencapai RM8.24 billion.

Walaupun ramai penyokong wang kripto, masih ramai juga yang skeptikal kerana mereka percaya ia digunakan oleh mereka yang melakukan jenayah dan keganasan.


Considering an ICO... then read this

Kalau anda mahu melabur dalam Initial Coin Offering (ICO), fikir dahulu kerana ia mungkin tak sehebat yang anda sangka.

(ICO adalah lebih kurang seperti IPO (Initial Public Offering) dimana saham dijual untuk syarikat menjana modal. ICO hanya melibatkan wang kripto dimana unit 'saham'  adalah berupa wang kripto (matawang mengikut pilihan syarikat tersebut)). 

IPO perlu melalui proses mengesahan melalui Suruhanjaya Security (di Malaysia) tetapi ICO tidak perlu melalui semua proses ini. Ia menjadikan penglibatan anda dalam ICO lebih berisiko.
Memandangkan Bank Negara mula memandang serius terhadap wang kripto - ia mendapat liputan lebih meluas. Jadi dan ada pihak yang mengambil peluang untuk menawarkan ICO sesuka hati.


Kerajaan perlu sokong teknologi digital

Steve Wozniak (co-founder syarikat Apple) berkata bahawa sesebuah negara patut mulakan pendidikan yang berkaitan teknologi digital seperti pengaturcaraan dan artificial intelligent. Dia juga meramalkan bahawa pembayaran mudah alih akan menggantikan sistem transaksi wang tunai sedia ada.


Tiada rancangan tubuh entiti tukar mata wang kripto


Bank Negara tak merancang untuk tubuhkan satu entiti untuk penukaran matawang kripto. Namun mereka bercadang untuk melantik syarikat penukaran wang kripto sedia ada untuk menjadi pelapor kepada mana-mana aktiviti yang disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram dan jenayah.


Comments