Smart Contract


Smart contract (kontrak pintar) adalah satu konsep utama di dalam pembinaan cryptocurrencies terutamanya Ethereum (iaitu cryptocurrency kedua popular selepas Bitcoin). Smart contract dikenali juga sebagai self-executing contract/ blockchain contract/ digital contract.

Dengan adanya ciri dan fungsi smart contract, blockchain boleh  bertindak sebagai 'orang tengah' dalam sesuatu transaksi, perjanjian, jual beli dan sebagainya.

Contohnya dalam situasi semasa, dalam urusan jual beli rumah, kita perlukan peguam untuk menguruskan semua terma dan syarat dalam urusan jual beli tersebut, supaya ia dapat mengawal hak dan kepentingan kedua-dua pihak dengan adil.

Tapi dengan adanya 'smart contract' tugas peguam boleh diambil alih oleh aplikasi blockchain.

Kita hanya perlu menggunakan perisian dari aplikasi blockchain dengan ciri-ciri smart contract dan dari situ pembeli dan penjual rumah hanya perlu mengesahkan transaksi dengan satu klik. Aplikasi itu juga boleh menjaga kepentingan kedua-dua pihak dengan adil.

Ini adalah contoh aplikasi smart contract di masa  depan yang boleh dibuat dengan adanya teknologi blockchain. Konsep smart contract juga bukanlah sesuatu yang asing dalam pengaturcaraan komputer (untuk fungsi software sahaja), tetapi kini ia digunakan supaya boleh menjadikan sesetengah prosess fizikal menjadi lebih pintar dan automatik, terutamanya dalam proses transaksi dengan cryptocurrency.

Mungkin sekarang anda sedar, bahawasanya crytocurrency bukan hanya sekadar 'matawang' online. Ia juga adalah sistem pintar yang boleh mengintegrasikan beberapa proses dan aktiviti (di bidang kewangan terutamanya) di dalam satu sistem yang kompleks.


Baca juga:
Apakah 'Blok' di dalam blockchain
Distributed Ledger
Peer to Peer


Comments