Apakah kaitan blockchain, bitcoin dan cryptocurrencies

Apakah blockchain? 

Blockchain (rantaian blok atau blok berantai?) adalah satu teknologi dimana data disimpan dan di kongsi secara 'distributed' dan 'peer to peer' (tidak berpusat dimana-mana dan tidak memerlukan server seperti kebanyakan sistem yang ada sekarang) . Blockchain mula diperkenalkan dengan kemunculan matawang internet pertama di dunia iaitu Bitcoin. 


Apakah Bitcoin?

Bitcoin adalah cryptocurrency (matawang kripto) yang paling popular buat masa ini. Bermula dengan tiada nilai, sekarang, 1 Bitcoin bersamaan dengan RM16.3 ribu (setakat hari ini September 2017).


Bitcoin merupakan cryptocurrency pertama dalam dunia, dan juga aplikasi blockchain pertama yang paling mendapat sambutan masyarakat dunia.


Apakah cryptocurrency? 

Cryptocurrency atau matawang kripto adalah wang maya yang hanya boleh digunakan secara online. Tapi ia juga boleh di tukarkan kepada wang biasa seperti Ringgit atau Dollar.
Selain Bitcoin, ada beratus-ratus cryptocurrency lagi yang ada sekarang seperti Ethereum, LiteCoin, Ripple, Monero dan sebagainya.

Terdapat banyak 'peluang pelaburan' yang diiklankan sekarang yang berkait dengan cryptocurrency, tapi perlu diingatkan, ia adalah sesuatu yang sangat berisiko, mungkin lebih berisiko dari Forex. Sesetengah daripadanya adalah scam dan skim Ponzi. 



Apa istimewanya bitcoin, blockchain dan cryptocurrencies ini?


Ringkasan kaitan antara ketiga-tiga terma ini adalah:
Bitcoin adalah sejenis cryptocurrency 
Cryptocurrency adalah aplikasi yang menggunakan teknologi blockchain
Contoh yang sama adalah (sebagai perbandingan untuk lebih faham-bukan 100% sama)
Gmail adalah sejenis email yang paling popular
Email adalah aplikasi yang menggunakan teknologi internet

Untuk urusan jual beli secara online, menggunakan cryptocurrencies ini adalah mudah, murah, cepat eficient, selamat, ada privacy dan tidak dikawal oleh sesiapa. Dari segi teori, ia seperti satu sistem ekonomi online yang cukup baik untuk semua orang dari seluruh dunia. Tiada sempadan geografi dan tidak dikawal oleh mana-mana bank atau kerajaan.

Banyak penganalisa yang memandang teknologi blockchain secara serius, mengatakan bahawa 'Blockchain Revolution' adalah sesuatu yang tak boleh dihentikan. Ramai membandingkan situasi ini dengan situasi kebangkitan internet sekitar tahun 1997 dahulu.

Jika revolusi internet merubah cara kita berkongsi maklumat, revolusi blockchain dijangka bakal merubah sistem ekonomi global selain beberapa sistem lain seperti sistem pilihanraya dan politik secara am nya dan sistem supply chain dalam industri.


Apakah impak blockchain terhadap kehidupan kita sebagai rakyat biasa?

Setakat hari ini, impak paling ketara adalah dari segi transaksi dan jual beli online. Semakin hari, semakin banyak organisasi menerima Bitcoin sebagai bayaran terhadap produk atau servis mereka.

Namun ia masih belum meluas dan majoriti rakyat Malaysia masih belum pernah menggunakan Bitcoin atau cryptocurrency. Tapi dalam masa dua atau tiga tahun lagi, mungkin penggunaannya akan lebih meluas dan lebih mendapat sambutan.

Pada tahun 2014, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa Bitcoin tidak diiktiraf penggunaannya di Malaysia. Tapi, beberapa hari yang lepas, Gabernor Bank Negara, telah maklumkan bahawa mereka sedang mengkaji garis panduan untuk regulasi matawang kripto. Ini adalah berita yang sangat baik kerana, ia kelihatan seperti Malaysia sudah bersedia untuk menerima cryptocurrency secara serius.

Teknologi ini belum pun mencecah usia 10 tahun, tetapi ia berkembang secara eksponential dan  tak mustahil, akan matang hanya dalam masa 5 tahun lagi. Tapi tak ada sesiapa yang mampu meneka masa depan.

Kita cuma boleh tunggu dan lihat. 

Comments