Tentang Blog

Blog ini bertujuan untuk memberikan informasi tentang teknologi blockchain, cryptocurrency dan perkembangannya di Malaysia dan global di dalam Bahasa Melayu, dengan penerangan mudah.

Selepas bitcoin dan kebangkitan wang kripto (cryptocurrencies) bermula sekitar tahun 2014, blockchain disebut-sebut sebagai teknologi Web 3.0.

Walaupun teknologi ini masih agak baru (bermula pada 2009) dan tidak siapa yang tahu bagaimana ia akan merevolusikan teknologi internet, terutamanya dari segi ekonomi de-centralized. Seperti Uber dan AirBnB yang memperkenalkan konsep 'sharing economy', ada kemungkinan blockchain akan menjadi pelincir untuk ekonomi jenis sebegini kerana konsep distributed ledgersmart contract dan public consensus sangat fokus kepada keperluan ekonomi perkongsian dalam talian.

David Birch, dalam bukunya Identity is The New Money, di masa depan, wang bukan lagi dikawal oleh suatu organisasi (seperti Bank - atau mungkin juga kerajaan?), tetapi identiti di alam maya. Identiti yang paling dipercayai, adalah matawang yang paling mahal.



Penulis adalah seorang penganalisa IT yang berminat dengan teknologi blockchain dan impaknya terhadap dunia IT, ekonomi, sosial dan politik di Malaysia.

Hubungi saya: blockchainmy@gmail.com

Comments